Peraturan Piala Presiden Malaysia 2024

Had umur

Piala Presiden 2024 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak penubuhannya pada tahun 1986, 'Piala Presiden' telah menjadi kejohanan yang besar bagi pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan itu. Pada tahun 2015, format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain di bawah 21.[1]

Pada edisi 2024, format kejohanan Piala Presiden telah diubah semula menjadi kejohanan pemain di bawah-20.[2]

Format

Kejohanan dimainkan seperti berikut:[3]

  • Peringkat kumpulan: 16 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
  • Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.